Thursday, February 26, 2009

" Ketahuilah,sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sendagurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu, serta berlumba dalam kekayaan & anak keturunan, spt hujan yang tanam tanamnnya mengagumkan para petani; kmudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya menjadi kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta kerdhaan-Nya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu.."[57:20]

Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapat ampunan dari Tuhanmu & syurga yang luasnya meluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya. Itulah kurnian Allah yang diberikan kpd sesiapa yg Dia kehendaki. Dan Allah mempunyai kurniaan yang besar.."[57:21]

Muhasabahlah diri kita,adakah kita inI mengejar keindahan dunia,bergembira atau kita mnjadikan dunia itu sebagai tempat untuk mengumpulkan amalan2 utk mghadapi hidup di akhirat dan sbg tanda syukur kita pd Allah..(^_^)
Assalamualaikum kepada anda sekeluarga. Semoga ALLAH menolong dan melindungi Kamu di dunia dan akhirat.Sayangilah keluarga dan kawan -kawan kita dengan perasaan jujur benar dan ikhlas. InsyaALLAH semoga ALLAH jadikan kita hambaNya yang merahmati hambaNYA kerana mengharapkan Rahmat TUHAN. Berusaha dan tawakallah semoga Cinta kasih sayang kita suci, berdoa dan berharap kepada ALLAH semoga perhubungan dan perasaan tersebut kekal hingga kedalam syurga. Ada kawan kita yang perlu kita kasihani kerana pada masa sekarang mereka tidak berada atas jalan yang BENAR. Jika kita alim dan kuat iman bolehlah kita pelawa mereka untuk menempuh jalan ke syurga. Walaupun kita hanya tahu sepotong ayat dari Al Quran atau Hadis, kita masih ada peluang untuk berdakwah dan beri nasihat jika kita benar jujur dan ikhlas. Sekiranya kita jenis mudah dipengaruhi, yakinlah Perlindungan Tuhan dan PengampunanNYa sangat diperlukan. Mungkin ada antara kawan kita merupakan syaitan manusia.

Ambillah peluang yang ALLAH beri kepada kita untuk menolong agamaNYA. "ALLAH menolong mereka yang menolong agamaNYA." Katakanlah kepada mereka bahawa ALLAH Maha Pengampun Maha Penyayang. Dakwahlah dengan lemah lembut dan berhikmah. Yakinlah hanya ALLAH yang boleh beri pertunjuk/hidayah, kita tawakal dan berserah kepada ALLAH, Takdir ,ada yang disebabkan pilihan makhluk dan ada yang bergantung kepada kehendak ALLAH, semua yang berlaku hanyalah dengan Izin ALLAH jua. Terdapat banyak bukti kebenaran Al Quran dan Kebenaran ALLAH Tuhan yang Maha Esa di alam ini termasuk dalam internet, seperti web islam dan dalam Youtube jika search "miracles Quran", "code 19 Quran" , "the challenge of the Quran" dan terdapat berbagai lagi. InsyaALLAH ada banyak cara yang memboleh mengkuatkan dan sempurnakan iman kita.

Dakwah InsyaALLAH mendapat pahala yang besar ,jika ada antaranya menjadi amal jariah ,InsyaALLAH kita mendapat pahala yang tak putus-putus sehingga Kiamat. Tapi sesuatu yang perlu kita yakini 'ALLAH MEMASUKKAN SESIAPA YANG DIA KEHENDAKI KEDALAM SYURGA DAN ALLAH MEMASUKKAN SESIAPA YANG DIA KEHENDAKI KEDALAM NERAKA"

"ALLAH MEMBERI PERTUNJUK KEPADA SESIAPA DIA KEHENDAKI DAN ALLAH MENYESATKAN SESIAPA YANG DIA KEHENDAKI"

Jangganlah kita merasa selamat dari Murka ALLAH dan membuat perhitungan terhadap orang yang kita lihat macam fasiq dan memang kafir kerana kita tak tahu dia mati dalam keadaan islam atau kafir. Mungkin orang islam yang kita nampak dia buat dosa, ada buat kebaikan yang diredhai ALLAH. Bolehkah kita pastikan bahawa Akidah kita benar, kita benar beriman kepada ALLAH dan kekal beriman sehingga mati, ibadah yang kita lakukan selama ini adakah diterima ALLAH, dan ada orang islam sekarang mensyirikkan ALLAH tanpa disedarinya (jahil ilmu agama) dan sangka dirinya orang beriman. Dan kita maklum sesiapa yang ada sifat sombong walaupun sebesar zarah tidak boleh masuk syurga. Janganlah mencela orang islam yang lain mungkin hakikatnya dia lebih baik dari kita.

CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI PEMBUAT PERHITUNGAN

Nabi kata jangan pandang kecil pada kebaikan yang sedikit. sebab pahala paling sedikit balasan dia adalah dalam syurga.

Harap-harap kita dapat rasa nikmat cinta suci kepada ALLAH.dan ALLAH CINTAKAN kita kekal abadi.

Tuesday, February 17, 2009

Wanita cerewet dalam pelbagai perkara. Contohnya, idea, pendapat, cara kerja, makanan, tempat tinggal mahupun pemilihan pasangan yang ideal.

Kenyataannya:

Menurut penelitian, setiap wanita mempunyai kemampuan dalam penggunaan bahasa yang baik jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Ini dapat dibuktikan apabila dia mula bicara. Pengunaan kedua-dua sisi otak secara serentak dengan memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara, membuatkan wanita mampu menangani masalah yang dihadapi. Berbanding lelaki, mereka acap kali mencari jalan yang singkat dalam menentukan dan menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara yang berlaku dalam satu masa yang sama.

Tetapi, lelaki mempunyai kemampuan dalam penerimaan suatu informasi atau teguran dengan tabah dan profesional, sedangkan si wanita sering terbawa-bawa masalah yang dihadapinya itu ke dalam pemikiran.

Diingatkan, jangan sesekali mengutuk atau mencaci akan kelemahan pasangan kamu kepada orang lain. Ia dapat diselesaikan dengan cara komunikasi dua hala, antara jalan terbaik untuk kamu mengatasi masalah yang dihadapi.

Kaum lelaki begitu sukar untuk memahami keinginan wanitanya, memandangkan pasangannya itu tidak pernah berasa puas dengan segala pengorbanan yang mereka curahkan selama ini.

Kenyataannya:

Sesungguhnya kamu sebagai kaum hawa perlu berpuas hati dan berasa bangga dengan apa jua penghargaan yang telah pasangan berikan. Tetapi, sebagai wanita, dia merasakan bahawa pasangannya dapat melakukan yang terbaik lagi.Sekecil mana pun usaha yang si jejaka lakukan demi menyenangkan hidup kamu, beri penghargaan terhadapnya.Perempuan terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya.

Kenyataannya:

Sedar ataupun tidak, perempuan lebih banyak berkomunikasi dengan perasaan berbanding kaum lelaki. Kajian yang dilakukan oleh seorang neurologi dari University of Pennsylvania, Professor Ruben Gur mendapati, 70 peratus tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti ketika dalam keadaan istirehat. Sedangkan otak wanita, 90 peratus tenaganya akan tetap berkerja. Ia membuatkan wanita cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dalam suatu waktu yang sama.

Perempuan sentiasa mengawal pergerakan, kehendak dan cita rasa kaum lelaki, sehingga berjaya menguasai kemampuan mereka.

Kenyataannya:

Perempuan bukannya dilahirkan untuk mengawal setiap pergerakan kaum Adam. Mereka hanya ingin memastikan sahaja bahawa si dia, insan paling dicintai berada dalam keadaan yang baik dan terjaga.

Malah, mereka juga ingin menjadi insan pertama yang hadir di saat pasangannya menghadapi masalah, kesepian, dan kedukaan.Benarkah wanita tidak perlukan kasih-sayang seorang lelaki?

Kenyataannya:

Untuk menjadi seorang superwomen bukannya bererti wanita tidak memerlukan dirinya dihargai oleh seorang jejaka. Kepada wanita, katakan sahaja kepada pasangan, bahawa kamu tetap memerlukan kasih sayang, perlindungan, belaian dan kenikmatan cinta daripadanya.

Hubungan Intim Suami Isteri

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari,walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya / bahunya bila berjalan-jalan

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan,busuk,pengotor,selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.
Jangan Menunggu Kesepian Melanda, Baru Menghargai Persahabatan
Jangan Menunggu di Cintai, Baru Mau Mencintai
Jangan Menunggu Kekayaan, Baru Mau Berbagi
Jangan Menunggu kekuasaan di Tangan, Baru Mau Menegakkan Kebenaran
Jangan Menunggu Orang Lain Terluka, Baru Mau Meminta Maaf
Jangan Menunggu Kesulitan Tiba, Baru Mau mendengar Nasehat
Jangan Menunggu......, Karena Kita Tidak Tahu Berapa Usia Kita......
Kesempatan Selalu ada Bagi Orang2 Yg Bersegera Mengambilnya...
Walau Mungkin Tidak akan kembali untuk yg ke-2 kalinya.
Bersegeralah dlm menyambut setiap kebaikan yang ada dan senantiasa berdoa agar kiranya selalu diberikan banyak kesempatan baik sebagai ladang akhirat kita

Tuesday, February 10, 2009

10 Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMALPADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGINERAKA PADA HARI AKHIRAT)Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat,dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia darikemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Rahsia Bulan dan Kelahiran

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Thursday, February 5, 2009

Adakah Kita Makan Kulit, Buang Kacang

Ummi hendak share pandangan mengenai kehidupan:.....Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda kita sambil minum kopi. Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta kita menangani salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri.Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit seringgit.Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit.

Kes mana yang kita kejarkan dulu? Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir, ye tak? maksud Ummi, apalah sangat duit seringgit, itupun nak report polis ke? Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini:

Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan? Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah keluar zakat?

Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance.Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah biasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu minda kita tertipu. Stephen Covey, dalam bukunya "Seven Habits of Highly Effective People" menceritakan pula begini :

Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu,tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita. Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu. Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni! Apahal mamat ni diammm je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni?

Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu. Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwich ni! Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit."Maafkan saya," kata lelaki itu. "Dan maafkan anak-anak saya tu.
Sebenarnya, isteri saya - ibu mereka - baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini." Kemudian dia sambung lagi: "Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan." Apa rasa kita masa itu?

Sebab itulah bila teringat ayat Qur'an mengatakan, beza antara manusia itu hanyalah iman dan taqwa, Ummi sering berasa menyesal. Sebab Ummi selalu menghukum orang melihat keadaan luarannya! Bagaimana dengan anda?

Mind Your English Language

Wednesday, February 4, 2009

Tidak Kamu Berperasaan Gundah... Andai Kamu Tahu Ape Yang Dicari



Kisah Betul...

Ada seorang staff (Internal Revenue Board) di Trengganu, minta borang B. Sorang kerani LHDN mintalah alamat untuk hantar borang tu.

Kerani: "Boleh bagi alamat encik?" Staff: "Hantar ke, Ranhill Worley ..." Kerani: "Ranhill..eja macam mana?" Staff: "R..for Rumah... A for Ayam..N for Negara...H for Holland...I for Itik...L for Lain-lain...." (....... seterusnya..) Kerani: "Ok..nanti kami hantar ke alamat tu" Tunggu, punya tunggu, adalah seminggu, bila sampai....(tengoklah attachment).

Tuesday, February 3, 2009

Isteri Solehah Anak Solehah




Baru-baru ni, Ummi didatangi oleh seorang pelajar IPT yang berhasrat untuk membina ‘masjid’nya dalam masa terdekat ini. Calon pasangan sudah ditemukan, cuma masalahnya macamana nak beritahu ibu bapa… Dilema yang dihadapi, rata-rata merupakan dilema kebanyakan pelajar IPT samada awam atau swasta, sama saja… dan Ummi menjadi tempat rujukan mereka yang mengenali Ummi kerana dua faktor ; Ummi sendiri mendirikan masjid ditahun dua pengajian sewaktu di US dulu, dan akhir tahun 2007 baru-baru ni, anak lelaki (sulung) Ummi pulak mengikut jejak ibu dan ayahnya.!

Nasihat Ummi pada mereka, dapatkan restu ibu dan ayah dulu. Yakinkan mereka akan keperluan mendirikan rumahtangga tersebut. Memang susah, tapi itu keperluan. Tidak dapat tidak, bab yang satu ni kena beres dulu. Kalau tidak, masalah yang akan timbul nanti, menjadi lebih rumit lagi.

Dalam menasihati mereka, Ummi terkenangkan beberapa insiden yang terpaksa kami sendiri tempuhi, tidak kurang juga dengan kemusykilan-kemusykilan yang pernah teman-teman kongsikan dengan Ummi suatu ketika dulu.

Tracing back sejarah Ummi dan suami mengambil keputusan berterus terang dengan ibu dan ayah mengenai hasrat kami, memang ada yang menyentuh hati. Walaupun penjelasan telah diberi, namun ternyata masih berat keizinan itu diperolehi. Fikir Ummi saat itu,

“kenapa susah sangat mereka nak faham betapa susahnya hidup diperantauan sendirian. Fitnah yang berlaku sekeliling kami saat itu terlalu banyak dan menakutkan”.

Namun setelah menjadi ibu dan ayah juga sekarang, kami menjadi sangat2 mengerti dilema dan kerisauan para ibu dan ayah….Rumahtangga yang nak dibina, bukanlah untuk sehari dua, takut-takut mereka suka-suka nak kahwin, kerana rakan-rakan lain juga pakat kahwin, tak seronoklah kalau kita yang ketinggalan…itu adalah antara kerisauan para ibu dan ayah. Sementelahan lagi, ibu ayah merasakan anak-anak masih kecil, ‘they are still my baby’, masakan dah sampai masanya nak berumahtangga. Terasa seperti belum puas memanjakan mereka. Kalau si ibu keberatan melepas anak lelakinya pergi, bimbang bakal menantu yang akan mengambil tempatnya nanti, apa bisa menjaga si anak seperti dia? Kalau si ayah merasa berat merelakan anak gadis yang selama ini dijaga dan dibelai sebaik mungkin. Apa bisa bakal menantu lelakinya memberi yang serupa, kalau pun tidak yang lebih baik darinya selama ini?

Itulah antara dialog-dialog hati ibu dan ayah sebelum memberi kata putus melepaskan si anak, walau lelaki maupun perempuan. ‘Perang perasaan’ ibu ayah hanya ibu ayah jualah yang mengerti. Namun Ummi juga sangat mengerti akan keperluan pada mendirikan masjid tersebut, walaupun masih di alam pengajian lagi. Zaman dah berubah, dunia dah maju… kalau dulu-dulu anak dara dipingitkan, dikawal dengan rapi, namun kini semua mereka terdedah dengan seribu satu fitnah yang sangat-sangat membebani mereka yang mengerti.

Kenapa mereka yang mengerti merasa terbeban? Apa bukan semua mereka serupa kerisauannya? Yang mengerti hukum, dan mengerti realiti kehidupan sekarang menjadi lebih risau, kerana dengan fitnah yang ada di sekeliling kita hari ini, bukan senang nak mengawal diri dari tidak melanggar hukum. Untuk memastikan diri dapat menjaga dari terjebak, maka kita belajar hukum, bila dah mula mengenal hukum, maka kita merasakan bahwa jalan yang terbaik untuk mengelakkan fitnah itu adalah dengan membina masjid yang dirahmati Allah swt. Maka kita akan berusaha ke arah itu.

Tidak kurang juga kes lain yang memerlukan kita menjaga kemaslahatan dakwah lebih dari kepentingan diri sendiri. Makanya, kita mengambil keputusan untuk menghalalkan saja apa yang selama ini belum halal,demi memastikan perjalanan dakwah itu lancar dan dirahmati Allah. Sesungguhnya syaitan itu sangat dengki dengan anak Adam dan akan terus mencuba memperdayakan manusia agar sama-sama menjadi temannya di neraka, na’uzubillahiminzalik.

Makanya, apa nasihat Ummi pada mereka-mereka ini? Maklumlah, manusia berbagai ragam, susah juga kita nak mengenal pasti langkah yang paling baik yang patut diambil. Tapi, satu pesan Ummi pada sesiapa saja yang mau mendengar, walau apapun, dapatkan dulu restu ibu ayah. Kalau ikut pengalaman dan pemerhatian Ummi, ibu ayah si gadis lebih mudah mengizinkan, lebih2 lagi bila bakal menantunya dari orang yang baik dan terserlah akhlak solehnya. Siapa yang tidak lega bila merasakan anaknya bakal dijagai oleh orang yang baik-baik. Berbanding dengan ibu bapa anak lelaki, bukan setakat bakal menantu yang menjadi kerisauan, tetapi kemampuan anak sendiri menyara kehidupan yang mendatang itu juga menyesak dalam hati dan fikiran mereka. Oleh itu, fahamilah mereka….

Berikan keyakinan kepada mereka supaya mereka faham, dan dapatkan restu mereka dahulu walau susah macamana pun. InsyaAllah, kalau kita ikhlas dengan Allah tentang perkahwinan itu, Allah akan memudahkan kita untuk yang selanjutnya. Setelah persetujuan diperolehi, banyakkan syukur padaNya, dan berusahalah menjadi anak yang soleh/solehah.

Kalau si gadis, walaupun ibu mertua mendapat tempat melebihi ibu sendiri selepas berkahwin, jangan terus dikesampingkan ibu yang melahirkan kita, dan suami juga perlu pandai untuk tidak merumitkan situasi isteri. Jangan meletakkan mereka dalam mkeadaan yang serba salah. Kalau si jejaka pula, walaupun ibu mertua tidak setanding dengan ibu sendiri, tapi hormati dan sayangi dia sebagai ibu yang selama ini membesarkan isteri kita hingga dapat menjadi isteri yang sempurna buat kita. Saling menghormati dan menyayangi amat perlu dalam sesebuah rumahtangga.

Pesanan Ummi buat para isteri dan bakal isteri, tanamkan dalam hati bahwa ‘dalam usaha aku menjadi isteri yang solehah, aku perlu pastikan suamiku menjadi anak yang soleh pada ibubapanya’, insyaAllah kalau ini yang selalu kita amalkan, rumahtangga yang terbina akan harmoni. Kita mengetahui bahwa, syurga itu di bawah tapak kaki ibu buat anak lelaki, dan di bawah tapak kaki suami buat para isteri. Maka sewajarnyalah, si isteri harus memastikan suaminya memperolehi syurga dahulu, dalam perjalanannya memperolehi syurga sendiri dari suami.

Satu ketika dulu, Ummi pernah didatangi dengan beberapa kemuskilan dari kawan-kawan…semuanya berkenaan dengan hubungan masing2 dengan mertua. Pening jugak sebenarnya nak bagi advice, sebab mereka masing2 macam dah ‘kimeta’,kata orang Jepun, yang membawa maksud…”I am right, I am determined!!”… Luahan hati mereka bila sekali fikir, ada benarnya, kerana hukum sudah menyatakan sedemikian, namun bila diselak-selak di celah kehidupan yang dilalui, ternyata kita terlalu mementingkan diri sendiri.

“Suami yang wajib sediakan nafkah untuk keluarga kan? Jadi saya akan pastikan semua keperluan disediakan suami. Duit gaji saya adalah untuk saya, saya kena beri pada mak ayah saya juga. Yang saya tahu, kalau lauk dah habis, suami sediakan, sewa rumah dan keperluan anak2 juga, bawah tanggungan suami, bukan saya. Kalau dia tak belikan, biarlah sama2 tak makan…”

Subhanallah!! Betul, kita dan anak2 adalah tanggungjawab suami, semua suami kena sediakan, (sebab tu mak ayah jejaka yang faham dia ’seriau’ sebelum membenarkan anaknya bina masjid), tapi bukankah sedeqah yang lebih afdhal itu adalah sedeqah kepada suami? Ertinya, bantu ringankan suami itu lebih afdhal buat kita. Lebih2 lagi, keluarnya kita bekerja juga adalah dengan izin suami, maka sebaiknya kita mendahului suami sendiri. Kalau suami keberatan, rela dalam paksa mengizinkan kita bekerja, di mana keberkatannya?

Pernah juga seorang teman mengadu pada Ummi, suaminya terlalu memberi kepada ibubapa dan adik2nya sendiri di kampung. Dia marah dan tak puas hati kerana menurutnya, dia dan anak2 lebih layak. Ummi juga jadi pening kepala, sebab ternyata apa yang sudah diberi oleh suami pada mereka sekeluarga, menurut pandangan Ummi, sudah lebih dari mencukupi…dah masuk dalam kategori bermewah pun. ak ada yang kurangnya mereka dibanding dengan orang lain… namun dia masih mengeluh.

AllahuAkbar!! Begitulah kita kalau hakikat sebenar tak kita ketahui. Benar kita isteri dan anak2 adalah tanggungjawab suami, tapi apa yang dimiliki suami adalah juga hak ibu ayahnya. Memastikan keluarga (adik beradik) sendiri dalam kesejahteraan adalah juga tanggung jawab anak lelaki. Semuanya ada bahagian masing2,redha dan berserah saja pada Allah swt, mohon dariNya, sesungguhnya Dia Maha Kaya. Besederhana dalam kehidupan itu lebih baik dari bermewah-mewah.

Dari itu, Ummi seru diri Ummi, keluarga dan sesiapa saja yang berhajat, tuntutlah ilmu yang sepatutnya sebelum kita mengambil sebarang keputusan yang besar dalam hidup, agar tiap tindakan kita beserta dengan kefahaman yang jelas, semoga semuanya dalam redha Allah. InsyaAllah, isteri yang solehah adalah sebaik-baik perhiasan di dunia, dan isteri yang solehah itu akan dikurniai anak/menantu yang soleh pulak sebagai ganjarannya nanti. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil.

Ya Allah, Ampunilah seluruh ahli keluargaku dan ahli keluarga suamiku, serta golongkanlah kami semua dalam golongan hamba2Mu yang mendapat taufiq dan hidayahMu serta rahmat dan redhaMu. Ameen ya Allah, ya Rabbal ‘alamin.

Kaulah Suamiku.... Akulah Isteri Tersayang




Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah.

Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percayakau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya.
Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu. ”

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.

Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.